Adakah Orang Kelantan tidak menyumbang kepada pembangunan negeri sendiri?

Bagi menjawab soalan di atas, ada beberapa perkara yang boleh diketengahkan:

1. Tanggungjawab pembangunan tu adalah di bawah kerajaan – sama ada persekutuan atau negeri.

2. Tanggungjawab rakyat Kelantan adalah memangkah setiap 5 tahun sekali.

3. Rakyat Kelantan lebih selesa berniaga di luar Kelantan salah satunya kerana kemudahan infra.

4. Infra di Kelantan agak jauh ketinggalan berbanding di negeri-negeri maju di Malaysia.

5. Yup, penyediaan infra ni di bawah tanggungjawab kerajaan juga, sama ada persekutuan atau negeri.

6. Kerajaan persekutuan wajib salur dana pembangunan kepada kerajaan negeri kerana rakyat Kelantan juga pembayar cukai.

7. Kerajaan pusat tak perlu berperangai anjing yahudi dengan menyekat dana pembangunan.

8. Kerajaan negeri pula kalau dapat dana pembangunan nanti jangan pula guna buat bayar gaji staf negeri.

9. Kerajaan negeri sudah boleh mula fikirkan pasal pembangunan fizikal selain etika berpakaian di ibu negeri, atau lebih tepat di luar pagar pejabat MPKB.

 

Naik Kapal Terbang Semasa Hamil

Naik Kapal Terbang Semasa Hamil

Semasa hamil saya berpeluang untuk menaiki kapal terbang untuk penerbangan jarak jauh sebanyak 2 kali.

Kali pertama ialah di saat kandungan berusia 7 minggu. Ketika itu saya sangat risau kerana di usia ini kadar keguguran adalah tinggi. Jadi saya merujuk kepada doktor di an-Nisa’ samada saya sesuai untuk terbang selama 16 jam dengan selamat.

Doktor menjawab boleh menaiki kapal terbang kerana saya tidak mempunyai risiko keguguran seperti pendarahan di awal kehamilan. Alhamdulillah.

Jika ada ibu-ibu yang bimbang akan masalah radiasi semasa terbang, jangan bimbang kerana menurut kajian risiko tersebut adalah rendah walaupun di kalangan krew kapal terbang yang sedang hamil.

Ketika kandungan saya berusia 31 minggu, saya dijadualkan untuk balik bersalin di Malaysia. Ketika ini, ibu-ibu perlu merujuk kepada garis panduan syarikat penerbangan kerana ia berbeza-beza.

Secara umumnya, syarikat penerbangan tidak membenarkan ibu hamil 36 minggu untuk menaiki pesawat kerana ketika ini kandungan sudah matang dan ibu-ibu boleh bersalin pada bila-bila masa sahaja.

Jika kandungan berusia 28 minggu ke atas, ketika ini wajib untuk mendapatkan surat doktor bagi mengesahkan bahawa kandungan tidak berisiko. Surat ini biasanya perlu diambil 7 hari sebelum berlepas bagi mendapatkan status kandungan yang terkini.

Saya menaiki Emirates untuk pulang ke Malaysia. Risau juga kalau tiba-tiba bersalin, tak pasal-pasal dapat baby EK macam satu kes dalam Emirates beberapa tahun lepas.

Emirates menyediakan borang pengesahan dari doktor yang boleh didapati di web rasmi Emirates. Hanya perlu print dan bawa ke klinik untuk mendapatkan tandatangan doktor.

Saya tahu ramai yang bimbang jika tidak dapat menaiki pesawat di trimester terakhir. Sekiranya kandungan ibu-ibu disahkan tak ada sebarang risiko untuk dilahirkan secara pramatang, jangan risau.

Isytiharkan kepada krew yang bertugas di kaunter. Tak perlu sembunyi-sembunyi naik kapal terbang. Mereka akan memberikan layanan dan perhatian yang khusus kepada anda. Ada pramugari bertugas yang akan datang bertanya keadaan kita sepanjang menaiki pesawat dan memberikan bekalan air agar kita sentiasa terhidrat sepanjang penerbangan. Naik kapal terbang lama-lama boleh menyebabkan kekeringan dan juga risiko untuk mendapat venous thrombosis (darah bergumpal) yang berbahaya kepada ibu hamil.

Bangun dan buatlah pergerakan sepanjang berada di dalam kapal terbang untuk mengurangkan risiko untuk mendapatkan venous thrombosis dan mengelakkan lenguh-lenguh terutamanya di bahagian pinggul.

Di samping itu, kalau ibu-ibu membeli tiket melalui web dan check-in online, pilihlah tempat duduk bulkhead, iaitu barisan depan sekali supaya ada ruang untuk berlunjur dan mudah untuk keluar masuk ke tandas. Ya lah, di akhir kehamilan ini kita kerap kencing kerana janin yang berat sudah menekan pundi kencing kita. Kalau tak dapat, minta krew di kaunter tukarkan tempat duduk kita tetapi pastikan check in awal di kaunter.

Ini serba sedikit tips dan pengalaman saya naik kapal terbang semasa hamil tahun lepas.

P/S : Hampir 2 minggu berlalu untuk MH370, jangan putus mendoakan mereka!

Pesanan Abang Hartawan Kepada Adiknya

Pesan Abang Hartawan

Seorang adik pergi berjumpa dengan abangnya, seorang hartawan, sebelum berpergian ke Mekah untuk menunaikan haji.

Mereka sedang duduk-duduk berbual di meja kopi dalam ruang tamu yang luas lagi indah dengan perhiasan sehingga tercetus soalan ini.

“Abang nak dengar pendapatmu, Wan. Abang ni belajar tak tinggi. Jadi abang nak dengarlah pendapat orang belajar tinggi macam Wan.” kata si abang yang tidak bersekolah tinggi kepada adiknya, lepasan ijazah di sebuah universiti tempatan.

“Kalau Wan diberi peluang berdoa sekali je, apa yang Wan doa yang mana dengan doa itu semua yang Wan nak dipenuhi?”

“Doa untuk bahagia.” jawab si adik. Ada getaran suara di hujung jawapan tersebut.

“OK, hampir tepat. Tapi nelayan pun rasa bahagia juga tatkala bumbung rumah tiris bila hujan. Bahagia tapi keperluan fizikalnya tak cukup.”

“Hmm, doa supaya hidup mulia.”

Si Abang ketawa.

“Bila diberikan mulia, kita mungkin gembira kerana orang lain hormatkan kita. Tapi, rasa mulia boleh hilang dan tak dapat berikan apa yang jiwa kita nak seandainya di sisinya banyak masalah lain seperti selalu sakit atau rumahtangga berantakan.”

Adiknya termangu mendengar jawapan tersebut, namun si Abang meneruskan percakapannya.

“Jawapan Abang ialah bila diberi peluang sekali je untuk berdoa, Abang akan doakan hidup ‘sedap’ dunia akhirat.” (Sedap dalam bahasa Kelantan bermaksud nikmat)

“Bila kita dapat hidup sedap, tak ada benda lain dah kita nak. Kita dapat yang kita nak dengan nikmat keseronokannya sekali. Hidup sedap dengan keluarga yang harmoni dan kesihatan yang baik dalam rumah besar. Keluarkan duit nak sedekah pun rasa sedap je, tak ada rasa takut tak cukup. Pendek kata serba serbi ada, cukup dan seronok.”

Si adik terdiam, namun dalam hatinya bersetuju dengan jawapan abangnya. Dia pun sangat seronok melihat kehidupan abangnya yang ‘sedap’. Harta ada, amal kebajikan dijaga dan keluarga pula tampak bahagia sentiasa.

Dalam diam, si adik memasang angan-angan untuk hidup sedap seperti abangnya dan sekarang dia yakin untuk sampai ke tahap merasai nikmat seperti itu ia harus dimulai dengan berdoa kepada Allah agar dikurniakan rezeki yang ‘sedap’ dunia akhirat seperti abangnya.

P/S : Mulakan hidup sedap dunia akhirat dengan berdoa kepada Pemberi Rezeki dan Hidayah hari ini juga!